Home Berita PAS Kedah

Agih makanan percuma kepada mangsa banjir

111
SHARE

PADANG SERAI – Selepas mendapat maklumat bahawa mangsa banjir di kampung sekitar Batu Putih tidak sempat memasak kerana tumpuan membersih kediaman, Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Padang Serai telah mengambil inisiatif menghantar bantuan.

Komandan JAM Kawasan Padang Serai, Tuan Norhisyam Alias turut serta dalam Ops Banjir pada 12 Jun 2022, mulai jam 9.00 malam.


Sumbangan berupa pek makanan dan minuman yang sudah siap dimasak untuk agihan kepada mangsa banjir yang keletihan membersih rumah.

Sementara itu, Khidmat Malaysia Padang Serai yang diketuai oleh Tuan Abdullah Hamid bersama dengan JAM bercadang untuk menyediakan khidmat dapur rakyat sekiranya berlaku kejadian yang serupa selepas ini.