Home Berita PAS Kedah

PASTI As-Syifa antara terjejas banjir

193
SHARE

PADANG SERAI – Lajnah Kebajikan PASTI Kawasan dan Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai bersama Jabatan PASTI Negeri Kedah yang diketuai oleh Cikgu Juwariah Md Yakin telah hadir ke PASTI As-Syifa, Padang Limau dan menyampaikan sedikit sumbangan, baru-baru ini.

Untuk makluman, PASTI As-Syifa diuji dengan banjir setiap kali berlaku hujan lebat yang berpanjangan termasuk pada 11 Jun 2022.

Para pelajar terpaksa bercuti sementara menunggu kerja-kerja pembersihan selesai.

Pesanan daripada lajnah tersebut, kepada dermawan yang ingin menyumbang untuk aktiviti kebajikan dan pembelian kenderaan pacuan 4×4, bolehlah salurkan ke akaun 02057010049377 (Bank Islam).