Home Ketua Penerangan PAS Pusat

AES : Didik atau jerat pengguna jalan raya?

405
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 138/9

AES : DIDIK ATAU JERAT PENGGUNA JALAN RAYA?

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.


1. Jumlah kemalangan jalan raya pada 2016 bertambah kepada 521,466 berbanding 489,606 pada 2015; iaitu meningkat sebanyak 6.5%. Kemalangan maut pula bertambah kepada 7,152 daripada 6,706; iaitu meningkat sebanyak 6.7%.

2. Menerusi Ops Selamat 11 yang dijalankan selama 11 hari bermula 18 Jun lalu, dilaporkan bahawa jumlah kemalangan jalan raya bertambah kepada 17,147 berbanding pada tahun lalu sebanyak 15,527 bagi tempoh yang sama; iaitu meningkat sebanyak 10.4%.

3. Sedangkan, sehingga sekarang sebanyak 21 unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikatakan sebagai sistem yang sangat berkesan untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya telah dipasang dan beroperasi di seluruh negara.

4. Berdasarkan fakta semasa ini, sasaran untuk menurunkan kadar ini sebanyak 50% menjelang 2020 dilihat mustahil untuk dicapai dengan pelaksanaan AES.

5. Justeru, keputusan Kementerian Pengangkutan untuk memasang 100 unit kamera AES lagi pada tahun hadapan adalah amat tidak wajar diteruskan.

6. Bahkan, Kerajaan perlu menarik semula kelulusan yang telah diberikan sebelum ini bagi memasang 1,200 unit kamera AES di seluruh negara.

7. Meneruskan pelaksanaan AES dengan menambah pemasangan jumlah kamera ini sedangkan ia tidak mencapai objektif penguatkuasaannya hanya akan menjadi jerat kepada pengguna jalan raya dengan saman; sebaliknya ia gagal mendidik para pengguna menjadi lebih berhemah agar kadar kemalangan dapat diturunkan.

8. Kerajaan juga digesa agar membuat kajian keberkesanan pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA). Kajian ini mestilah melibatkan semua pihak termasuk para pengguna dan dibentangkan kepada awam bagi mendapatkan maklum balas ke arah penambahbaikan.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

{jathumbnail off}