Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN.
KUALA NERANG, 30 Jun : Seawal jam 8.30 pagi kelmarin,Yb.Tuan Hj.Munir@Yusoff Hj.Zakaria telah bergerak ke Batu Pengasah,Padang Sanai.
Beliau ke tempat tersebut bagi melihat sendiri proses pemindahan 3 ekor gajah yang mana seekor gajah liar dan dua ekor gajah denak yang di pindahkan oleh Anggota-anggota Jabatan Perhilitan Kedah.
Turut bersama Tn Hj Munir pagi kelmarin ialah Ustaz Mohd Azam bin Abd Aziz, Yang Dipertua Pas Padang Terap, operasi di mulakan dengan bacaan doa agar selamat dan dipermudahkan segala urusan.
YB menzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masalah kerosakkan tanaman penduduk akibat gajah gajah liar dapat di selesaikan.
“Mudah-mudahan selepas selesai pemindahan gajah itu penduduk di sekitar Kuala Nerang dan Pedu yang keluar mencari rezeki di dalam kebun dan dusun dapat bekerja dengan selesa dan aman tanpa takut” ujar Yb dalam ucapan ringkasnya.
Adun Kuala Nerang juga menaja makan tengahari dan makan malam untuk kesemua 40 orang anggota Perhilitan yang melakukan tugasan tersebut.
Pihak Jabatan Perhilitan Kedah mengucapkan terima kasih kepada YB Adun Kuala Nerang atas sumbangan tersebut dan keperihatinan beliau terhadap anggota mereka.