MACHANG, 17 Jun: YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli hari ini meninjau keadaan pusat vaksinasi di Dewan Dato’ Haji Hassan, Pondok Hidayah, Machang.
Dewan Dato’ Haji Hassan merupakan antara Pusat Khidmat DUN yang terawal yang dijadikan sebagai pusat vaksinasi di Kelantan. Hal ini tidak lain dan tidak bukan, untuk menyahut seruan kerajaan bagi memastikan sebanyak mungkin penduduk di Malaysia khususnya di Kelantan untuk menerima suntikan vaksin.