MERBOK, 4 Okt – ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Haji Hanif Haji Ghazali menyantuni 17 keluarga asnaf yang dikenakan kuarantin kendiri akibat pandemik COVID-19.
Ustaz Hanif menziarahi enam kampung yang terdiri daripada Taman Nelayan Aman Makmur, Perumahan Awam Nelayan, Kampung Bagan Belat, Kampung Huma, Kampung Keda dan Kampung Merbok.
“Diharapkan seluruh warga DUN Tanjung Dawai dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana kadar positif yang tercatat masih tinggi,” ujarnya.