Home Berita PAS Kedah

DPPK sampaikan sumbangan kepada warga Muassasah Darul Ulum

219
SHARE

Oleh ANA NAJWA

POKOK SENA, 4 Okt – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPK) menyampaikan sumbangan kepada warga Muassasah Darul Ulum dalam sebuah majlis khas yang diadakan di Dewan Terbuka Kolej Islam Islam Darul Ulum kelmarin.

Dalam majlis tersebut Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid dengan diiringi oleh YB Ustaz Salim Mahmood, ADUN Bukit Lada dan Prof Madya Ustaz Zawawi Haji Ahmad, Pegawai Eksekutif Kolej Islam Darul Ulum menyerahkan kotak sumbangan kepada seluruh staf dan kakitangan Muassasah Darul Ulum Pokok Sena.

Penyerahan kotak sumbangan juga turut disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Aizat Zakaria dan ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood.

Menurut kenyataan DPPK di laman Facebook mereka, majlis tersebut berakhir kira-kira jam 11.30 pagi sebelum DPPK bergerak ke tempat penyerahan sumbangan yang kedua iaitu di Markas PAS Pokok Sena

Selain itu, Ustaz Nurul Amin serta beberapa Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengambil kesempatan menziarahi pusara Al marhum Ustaz Haji Azizan Abdul Razak dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Alfatihah dan sepotong doa disedekahkan kepada kedua-dua tokoh besar ini tanda penghargaan atas jasa dan bakti mereka dalam medan perjuangan terdahulu.

Sumber: FB Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah