Home Berita PAS Kelantan

ADUN Tanjong Mas turut semarakkan ‘Tabung Kemanusiaan Palestin’

125
SHARE
KOTA BHARU, 21 Mei: YB Rohani, ADUN Tanjong Mas tidak ketinggalan dalam menyumbang tenaga untuk meningkatkan lagi isi tabung untuk saudara kita di bumi Palestin. Usaha Kak Ani di sekitar Pasar Berek 12 ini turut mendapat kerjasama daripada Jentera Pemuda, Ameerah dan Muslimat DUN Tanjong Mas.
Salah satu bentuk perjuangan untuk negara Palestin ini berlangsung selama hampir 3 jam, turut mendapat suntikan daripada Pasukan Unit Amal Tanjong Mas dan sebahagian AJK Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.