Home Berita PAS Kedah

ADUN pergiat kempen kesedaran caruman PERKESO

127
SHARE

Oleh ANA NAJWA

MERBOK, 5 Okt – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai sentiasa bersedia membantu pihak PERKESO dalam kempen kesedaran melibatkan masyarakat setempat terutama untuk menarik masyarakat mendaftar sebagai pencarum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali menerusi kenyataan di laman facebooknya berkata pihaknya bersedia membantu memberi kesedaran dan galakan kepada masyarakat mengenai polisi perlindungan diri ini.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai turun ke lapangan bertemu dengan individu-individu terpilih dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan caruman dan program Future Jobs.

Program yang melibatkan kerjasama antara Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai dan PERKESO ini telah berlangsung di Madrasah Zubaidiyah, Merbok tengahari semalam.

Rombongan PERKESO diketuai oleh Puan Ainun Mardiyah selaku Timbalan Pengurus.