Home Berita PAS Kedah

Guru PASTI terjejas sepanjang fasa pertama PPN terima bantuan

45
SHARE

Oleh HANANI ABDULLAH

POKOK SENA, 5 Okt – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) telah menyampaikan bantuan kepada guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang terjejas semasa perlaksanaan fasa pertama kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), dekat sini kelmarin.

Wakil DPPNK, Muhammad Hafiz berkata seramai 200 lebih guru PASTI yang diwakili oleh setiap kawasan telah hadir menerima sumbangan

Sumbangan berupa kotak barangan keperluan dan sekampit beras disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid, ADUN Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim serta Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid berkata “atas dasar kebajikan, Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah mengambil inisiatif memberi bantuan berupa barang makanan bagi meringankan mereka yang terjejas sepanjang pandemik ini”

ADUN Bukit Pinang dalam ucapannya pula menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada guru-guru PASTI

“kesanggupan mereka berkorban masa dan tenaga dalam mendidik anak bangsa tiada bandingnya”.

Program penyampaian bantuan dan sumbangan ini adalah merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bukit Pinang dan berlangsung secara tertutup di Kompleks PAS Pokok Sena.