Home Berita PAS Kelantan

ADUN Pasir Tumboh sampaikan peralatan untuk pengasuh

183
SHARE

PASIR TUMBOH, 17 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abd Rahman Yunus menyampaikan sumbangan peralatan Skim Halimatul Saadiah anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa) di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pasir Tumboh, semalam.

Dua orang pengasuh menerima sumbangan tersebut iaitu Rusnah Idris dari Kampung Tunjung dan Rohaini Ab Rahman dari Kampung Keling.

Menurut YB Ustaz Abd Rahman, sumbangan ini adalah untuk pengasuh di rumah dan peralatan tersebut adalah untuk kegunaan kanak-kanak di bawah asuhan mereka.