Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KUBANG KERIAN, 17 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus bersama Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN (PKD) Pasir Tumboh mengagihkan bantuan bakul makanan berupa makanan asas dapur kepada penghulu untuk diedarkan kepada penduduk yang terkesan wabak Covid-19, semalam.
YB Abdul Rahman berkata PKD Pasir Tumboh akan terus memantau operasi pengagihan makanan asas bagi meringankan beban penduduk yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ‘Total Lockdown’ sampai kepada sasaran tanpa seorang pun tercicir.