Home Berita PAS Kedah

ADUN Pantai Merdeka sumbang jersi bola sepak kepada pasukan junior Kempas FC

214
SHARE

SUNGAI PETANI– ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim menyampaikan jersi bola sepak kepada Pemain Pasukan Bola Sepak Kempas FC di Padang Taman Kempas.

Difahamkan team Junior Kempas FC ini sudah beberapa kali mengadakan perlawanan persahabatan sebelum ini dibeberapa tempat.

Sebelum menyerahkan jersi, YB ADUN menyampaikan sedikit ucapan agar anak-anak pemain menjaga solat, jauhi gejala-gejala yang tidak sihat serta bermain bersungguh-sungguh agar dapat menapak lebih jauh dalam arena bola sepak ini.

Turun serta dalam aktiviti tersebut ialah Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka En Saiful Azli Ahmad dan Ahli Jawatankuasa PKWR serta barisan kejurulatihan Pasukan Kempas FC.