Home Berita PAS Kelantan

ADUN Melor Dr. Md Yusnan Yusof meninggal dunia

315
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
‎إنَّ لِلَّه ما أَخَذ ولَهُ ما أَعطَى وكل شي عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب

Kepulangan YB Dr Md Yusnan Yusof, Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor ke pangkuan Ilahi sekitar pukul 2.00 pagi tadi disebut para penziarah yang berpeluang menatap jenazahnya, sebagai husnul khatimah.

Banyak tanda baik terbit sebagai bukti seperti kembali pada Jumaat penghulu hari dalam bulan Ramadan suci dengan berpeluh di dahi.

Mudah-mudahan segala khidmat bakti Allahyarham sepanjang hidup dihisab sebagai amal jariah kerana sebelum dilantik sebagai ADUN Melor sejak tahun 2013, Allahyarham ialah mantan pembantu Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah bertugas sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational , Scientific and Cultural Organization (ISESCO), Rabat, Maghribi.

Selaku Timbalan EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan pula, beliau sangat aktif dan komited menggerakkan Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan khususnya terhadap usaha menyemak Enakmen-enakmen sedia ada dan mencadangkan beberapa Rang Undang-undang (RUU) untuk dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

YB Pengarah dan warga kerja Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama para solehin.

Al-Fatihah.