Home Berita PAS Johor

ADUN Maharani rasmi mesyuarat Pakatan Pemandu Teksi Dan Kereta Sewa 

380
SHARE

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 4 MAC : ADUN Maharani, YB Abd Aziz Talib telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 55 Pakatan Pemandu Teksi & Kereta Sewa Bandar Maharani Muar, kelmarin.

“Ada beberapa rintihan di kalangan pemandu teksi yang akan cuba saya bawakan ke tengah.

“Kesan daripada pandemik Covid 19 tiga tahun yang lalu masih memberi kesan kepada mereka.

“Pendapatan semakin terjejas, lebih-lebih lagi dengan persaingan perkhidmatan e-hailing, ” antara ucapan beliau.

Dalam masa yang sama, YB Abd Aziz juga turut menekankan usaha untuk menjaga kebajikan pemandu termasuk pemberian subsidi bagi menambahbaik sumber pendapatan.

Mesyuarat berkenaan yang diadakan di bangunan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jalan Timbalan itu turut dihadiri Yang Dipertua GTS (Gabungan Pemandu Teksi Dan Kereta Sewa Malaysia), Kamaruddin Husin.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung dan mengharapkan persatuan mempunyai anjakan paradigma demi kesinambungan pendapatan ahli-ahli yang mencari rezeki di Muar ini.

Turut hadir, Pengerusi Pakatan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Muar, Mohd Nasri Ganesan Abdullah dan Ketua Balai Polis Muar, ASP Suhaimi Ahmad.