Home Berita PAS Kedah

ADUN Kuala Nerang sumbang barangan makanan dan rasmi Kursus APM

102
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 19 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang,Yang Berhormat Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria menyampaikan sumbangan wang serta barangan makanan bagi menjayakan Kursus Pemantapan APM Kuala Nerang baru-baru ini.

Seramai 70 orang peserta dari APM yang mengikuti program tersebut.

YB Munir telah di undang bagi merasmikan Kursus Pemantapan Diri Dan Pengurusan Stress APM,Kuala Nerang.

“Sekalung ucapan tahniah kerana berjaya mengadakan program ini,yang mana terima kasih juga atas khidmat bakti bagi memerangi COVID-19 dan membantu mangsa bencana- bencana yang berlaku” ujar YB.

“Jadikanlah khidmat ini sebagai satu ibadah serta berpegang teguh dengan Islam sebagai pedoman hidup” kata beliau lagi dalam ucapan perasmiannya.

Turut hadir ialah isteri YB Munir Puan Hajjah Zainon Ismaon dan jawatankuasa program.