Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA KETIL – Muhammad Aiman Nordin,22 tahun dari Kampung Kembai yang kemalangan pada 28 Disember lalu dan telah menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
ADUN Kuala Ketil YB.Mejar Mansor Zakaria turun menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau.
Menurut Nordin bin Hassan 47 tahun iaitu ayah kepada Muhammad aiman, ketika itu anaknya sedang dalam perjalanan pulang dari makan tengah hari di Kampung Tembak.
Kemalangan tersebut berlaku pada jam 4 petang di selekoh Kampung Kembai, selepas kemalangan beliau terus dikejarkan ke bilik rawatan kecemasan di hospital Sultan Abdul Halim,Sungai Petani.
“Keadaan beliau agak serius,dan dia perlu melakukan pembedahan di bahagian kepala”, ujar YB.
YB turut bersimpati dengan keadaannya, turut mendoakan semoga Aiman diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik dari Allah swt.