Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
RANTAU PANJANG, 23 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok, YB Ustaz Dato’ Mohamad Awang turun menyantuni rakyat di Mukim Banggol Kulim menerusi program Jejak Amal Covid-19 Komuniti (JACK) Negeri Kelantan bersama Penghulu Mukim Banggol Kulim, Yahya Ali dan Skuad Kita Cakna (SKC) DUN Gual Periok, semalam.
Pada program tersebut, beliau mengagihkan sumbangan kepada 18 keluarga dalam mukim tersebut dan berpesan supaya semua ahli keluarga mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) kendiri dan mendapatkan suntikan imunisasi dengan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.