Home Berita PAS Kelantan

ADUN Bukit Panau raikan empat golongan penerima sumbangan Kerajaan Negeri

272
SHARE

BUKIT PANAU, 23 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri di Pusat Khidmat DUN (PKD) Bukit Panau, baru-baru ini.

Selain membabitkan 13 orang penerima sumbangan Skim Khairat Kifaalah, turut menerima lima orang penerima sumbangan kematian COVID-19, tujuh orang penerima bantuan Ma’ruf OKU dan lapan orang penerima Skim Manfaat Armalah (SMA).

Dalam ucapannya, YB Dato’ Abdul Fattah menyatakan, dengan sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan bebanan ahli keluarga terbabit, serta ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dan cakna terhadap kebajikan rakyat yang berdepan dengan musibah.