Home Berita PAS Kedah

ADUN Bayu gesa wujudkan Pusat Serenti Gajah segera

134
SHARE

Oleh AMAL NABILA

BALING – Seekor gajah yang dikenali sebagai Awang Tanjung Nering berjaya ditangkap, baru-baru ini.

Seribu dalam satu ada pada Awang Tanjung Nering, walaupun sudah berusia dan anggaran berat badan melebihi tiga tan, tetapi anehnya ia tidak mempunyai gading.

ADUN Bayu, YB Abd Nasir Idris berkata, Awang akan dibawa ke Pahang bagi proses penjagaan selanjutnya.

“Ini kali ketiga kita bersama jayakan operasi tangkap dan pindahkan gajah di dalam DUN Bayu saja.

“Cita-cita kita untuk mewujudkan  Pusat Senteri Gajah di DUN Bayu seperti yang saya utarakan dalam sidang DUN Kedah yang lalu perlu disegerakan dan ia sebagai salah satu produk pelancongan selain yang sedia ada. Selaras dengan slogan Baling beridentiti sebagai daerah eko pelancongan, “ujar beliau.