Home Berita PAS Kedah

PAS Kawasan Langkawi terima kunjungan rombongan PAS Pusat

149
SHARE

Oleh SHAKIRAH AZIZAN

LANGKAWI, 16 Mei –  PAS Kawasan Langkawi menerima kunjungan rombongan daripada PAS Pusat, di sini, Jumaat lalu.

Rombongan itu diketuai oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama seramai 80 ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad meluahkan rasa amat bertuah kerana dapat bersua muka bersama pemimpin PAS Pusat.

“Selamat menikmati keindahan Pulau Langkawi Geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.

Setiausaha PAS Kawasan Langkawi, Zulkefli Muhamad turut mengucapkan selamat datang kepada AJK PAS Pusat ke Pulau Langkawi Permata Kedah.

“Moga kehadiran AJK PAS Pusat mengeratkan ukhwah, membawa kebaikan dan menambah semangat dalam perjuangan,” katanya.

Turut menyertai rombongan itu termasuklah Mursyidul Am PAS,  Dato’ Tuan Guru Hj. Hashim Jasin, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Senator Dato’ Ahmad Yahaya, Ahli Majlis Syura,  Dato’ Tuan Guru Dr Mahfodz Mohamed, Pengarah Pilihan Raya, Dato Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor,  Pesuruh jaya PAS negeri dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Turut kelihatan  Dr Halimah Ali, Dr Najihatussolehah Ahmad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Manakala Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff di Jeti Kuah Langkawi.

Sementara itu, rombongan berkenaan disambut oleh Ahli Majlis Perbandaran Langkawi selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Mazlan Ahmad, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Ahmad Sidek,  Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Langkawi, Ustaz Mohd Shazuri Saad, Ketua Muslimat PAS Kawasan Langkawi, Ustazah Fatimah Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Langkawi, Akashah Azinan, Ketua Ameerah Langkawi, Zakiah Kamaruddin, Ketua Briged Muslimat Langkawi, Sharifah Che Ahmad dan ahli jawatankuasa PAS Kawasan Langkawi di Jeti Perlancongan Langkawi, Jeti Kuah Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.