Home Berita PAS Kedah

ADUN Ayer Hitam terus santuni rakyat dalam program Jejak dan Bantu Asnaf

628
SHARE

AYER HITAM 24 DISEMBER 2019- Seramai hampir 100 orang asnaf menerima sumbangan barangan dapur dalam program “Jejak Dan Bantu Asnaf” dalam zon 3 DUN Ayer Hitam, yang berlangsung di Perkarangan Surau Alor Biak, Petang tadi.

ADUN Ayer Hitam, YB Hj Azhar Ibrahim berkata sumbangan dalam bentuk barangan dapur tersebut diagihkan kepada asnaf-asnaf sekitar dalam DUN Ayer Hitam.

“Alhamdulillah, diharap dengan sumbangan sikit tanda ingat ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka”

“Saya berusaha sekadar yang mampu untuk menjaga kebajikan rakyat khususnya dalam DUN Ayer Hitam,”.

” Insya Allah minggu depan akan diteruskan di zon yang terakhir sebelum 2019 melabuhkan tirai”. Katanya.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer Hitam Abdul Hadi Omar dan ahlijawatankuasa PKWR DUN Ayer Hitam.

Jamuan ringan juga disediakan kepada asnaf-asnaf sepanjang program berlangsung.