Home Berita PAS Sabah

PAS Libaran anjur Kem Amali Solat, tingkatkan pengetahuan fardhu ain

653
SHARE

Oleh : Ridwan Asmi
24 Disember 2019

SANDAKAN : Buat julung kalinya, Lajnah Pendidikan PAS Kawasan Libaran telah menganjurkan sebuah program yang memberi kefahaman tentang asas fardhu ain iaitu Kem Amali Solat 2019 (KAS’19) yang berlangsung pada 21 dan 22 Disember yang lalu.

Kem yang dikhususkan kepada remaja berumur dari 7 tahun sehingga 15 tahun ini telah berlangsung di Pejabat Khidmat Masyarakat PAS Libaran, dekat sini.

Program yang disertai oleh 25 orang ini didedahkan dengan kaedah berwuduk dengan sempurna, rukun solat dan bacaan dalam solat selain menghafaz beberapa surah lazim.

Ketika merasmikan majlis penutupan, Yang Dipertua PAS Libaran, Abdul Waheed Mohamad mengharapkan peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari sepanjang program dapat diamalkan di rumah dan di mana sahaja mereka berada.

“Solat ini adalah tiang agama yang perlu kita jaga dengan sebaik mungkin, justeru setiap pergerakan dan bacaan dalam solat perlulah betul dan sempurna agar tiang ini tetap kukuh dan utuh,” tambahnya.

Dalam majlis sama, tiga anugerah telah diberikan iaitu Anugerah Peserta Terbaik Keseluruhan, Anugerah Hafazan Terbaik Tahap 1 dan Anugerah Hafazan Terbaik Tahap 2 masing-masing disandang oleh Muhammad Qayyim Zufayri Sain, Amirul Ikhwan Ramalan dan Mohamad Noor Fazlie Aluddin.