Home Artikel PAS Kedah

ADUN Ayer Hitam bantu 250 orang asnaf dalam Majlis Back To School

296
SHARE

AYER HITAM 13 Disember- Seramai 150 orang pelajar menerima sumbangan set lengkap pakaian sekolah dalam program “Back to School” dan 100 orang asnaf menerima sumbangan hamper barangan dapur, yang berlangsung di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam, kelmarin.

ADUN Ayer Hitam, YB Hj Azhar Ibrahim berkata sumbangan dalam bentuk barangan seperti baju, seluar, kasut, stokin dan kasut sekolah tersebut diagihkan kepada asnaf-asnaf sekitar dalam DUN Ayer Hitam.

“Alhamdulillah, diharap anak-anak dapat memulakan alam persekolahan dengan semangat baru untuk menjadi insan yang berguna dimasa hadapan

“Saya harap kesemua pelajar dapat menggunakan bantuan persekolahan yang diberikan itu dengan sebaik mungkin dan menjadi motivasi untuk belajar dengan komited,”.

Selain sumbangan set pakaian sekolah kepada pelajar-pelajar, ADUN Ayer Hitam turut menyumbang hamper barangan dapur kepada 100 orang asnaf sekitar dalam DUN Ayer Hitam.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer Hitam Ustaz Abdul Hadi Omar dan ahlijawatankuasa PKWR DUN Ayer Hitam.

Jamuan ringan dan pakaian terpakai percuma juga disediakan kepada pengunjung sepanjang program berlangsung.