Home Berita PAS Melaka

Abid dan Farisya pemain terbaik, temasya Bola Sepak, Bola Jaring PASTI Ar-Rahman

279
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 3 Jul: Adik Muhamad Abid Mohd Arif, dan adik Nurul Farisya Mohd Azam, telah dinobatkan masing-masing sebagai pemain terbaik bagi bola sepak dan bola jaring.

Kedua-dua mereka yang berumur enam tahun menerima penghargaan ini di Temasya Bola Sepak dan Bola Jaring, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pra-Tahfiz Ar-Rahman yang berlangsung di Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara pagi tadi.

Pengerusi PASTI Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Ariff Hussein ketika berucap merasmikan penutup program berkata, program sukan seperti ini merupakan sesuatu yang penting untuk murid-murid.

“Akal yang sihat datang daripada badan yang sihat. Maka anak-anak telah buktikan pada hari ini mereka bermain, menonjolkan bakat mereka untuk mereka aktif nanti, bukan hanya di padang. Dan yang lebih penting nanti mereka aktif di kelas,” ujarnya.

Sebelum itu, Pengerusi PASTI Ar-Rahman, Ustaz Imran Abdul Rahman dalam ucapan alu-aluannya pula mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan program ini.

“Terima kasih kepada pengurusan JAPERUN yang memberi peluang kepada kami menyewa kompleks ini.

“Terima kasih kepada ibu bapa yang sama-sama menyumbang samada dari segi tenaga, wang Ringgit dan buah fikiran yang akhirnya kita dapat mengadakan program hari ini.

“Dan terima kasih kepada ibu bapa yang sama-sama melatih anak-anak ini dan kita boleh lihat hasilnya hasil hari ini,” ujarnya.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini, berakhir pada jam 10.30 pagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada mereka yang berjaya turut dihadiri para ibu bapa murid terlibat.

Tonton video-video menarik perlawanan yang dirakam dalam program ini selepas gambar di bahagian bawah berita ini:


VIDEO PERLAWANAN BOLA SEPAK:

VIDEO PERLAWANAN BOLA JARING: