Saat yang dinantikan telah pun tiba.Hari yang ditunggu telahpun sampai.Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) ,telah diumumkan pada hari semalam bagi para pelajar yang telah menduduki peperiksaan pada tahun 2017 yang lalu.
Menurut statistik,seramai 43,042 orang calon telah menduduki peperiksaan STPM di seluruh Malaysia pada tahun 2017 di 700 buah pusat peperiksaan seluruh negara iaitu, 42,694 orang (99.19%) merupakan calon sekolah kerajaan, 204 orang (0.47%) calon sekolah swasta, 136 orang (0.32%) calon persendirian dan lapan orang (0.02%) ialah calon sekolah kerajaan negeri.
Kami optimis dan percaya sudah pastinya keputusan cemerlang yang diperolehi merupakan antara detik terindah dalam diari kehidupan semua calon STPM 2017 lalu agar sentiasa menjiwai kecemerlangan.
Manakala,bagi yang memperolehi keputusan yang kurang memuaskan sebagaimana yang diidamkan ,yakinlah bahawa keputusan peperiksaan ini bukanlah penamat bagi segalanya untuk mengukir dan melakar kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.
Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon STPM tahun 2017 di seluruh Malaysia yang telah mencuba sehabis baik dan sehabis mampu ketika menjawab soalan peperiksaan yang dikemukakan di dewan peperiksaan pada 2017 yang lalu. Pastinya kalian telah melakukan yang terbaik demi memenuhi impian diri,ibu bapa ,para pendidik dan insan tersayang demi cita-cita murni di hati.
Sekalung penghargaan buat buat semua warga pendidik di seluruh Malaysia yang gigih mendidik anak bangsa , menabur bakti serta mencurah ilmu kepada generasi pelapis negara serta pewaris kepimpinan pada masa akan datang dengan penuh dedikasi yang tinggi.
Semoga kesabaran tinggi dan kegigihan guru- guru di seluruh Malaysia,ada nilaianNYA di Akhirat kelak.
Para ibu bapa yang sudah pasti merupakan penguat semangat, pendorong setia dan sumber motivasi bagi kejayaan anak-anak harapan keluarga di samping iringan doa saban waktu tanpa mengenal erti jemu.
Akhir kata ,terimalah serangkap pantun sebagai penutup bicara:
Lipat tuala bersusun bunga
Suntingkan kenanga berawan larat
Tiadalah upaya kami membalasnya
Dari dunia sampai Akhirat.
Ingatan tulus:
NORMALA BINTI SUDIRMAN
Presiden
Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik) &
Lajnah Pendidikan PAS Pusat.
7 Mac 2018 bersamaan 19 Jamadilakhir 1439H