Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kemiskinan Punca Kanak-kanak Terbantut

148 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA

Kemiskinan Punca Kanak-kanak Terbantut

1. Berdasarkan hasil analisia baru Kumpulan Bank Dunia dan UNICEF, kanak-kanak yang termasuk dalam kategori golongan rentan (vulnerable group) dua kali ganda lebih mudah terdedah kepada kehidupan miskin yang melampau berbanding orang dewasa.

2. Dengan dapatan kaji selidik yang telah dilakukan kepada 2,142 kanak-kanak sekitar PPR di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya menunjukkan 7% hidup dalam kemiskinan mutlak.

3. Muslimat PAS berpandangan tanggungjawab terhadap pembentukan kanak-kanak seawal usia mereka dilahirkan sehingga dewasa menjadi perkara penting untuk diberikan perhatian.

4. Perkembangan kanak-kanak ini dipengaruhi oleh persekitaran yang kondusif dan membina. Kajian tersebut juga menunjukkan 22% kanak-kanak menghadapi tumbesaran terbantut akibat kekurangan zat makanan kerana kemiskinan.

5. Cadangan Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan yang memperkenalkan program bantuan rakyat, ‘Baucar Makanan Sihat Ibu Hamil’ selama 15 bulan kepada ibu yang hamil (9 bulan sewaktu ibu mengandung dan 6 bulan ketika menyusukan bayi) sewajarnya layak menerima pujian bagi memastikan bayi mendapat zat yang mencukupi untuk proses tumbesaran yang sihat.

6. Atas dasar menjamin kebaikan generasi masa depan mampu mentadbir negara aspek pembangunan sahsiah perlu dipelihara merangkumi pembentukan peribadi dan pemuliharaan suasana setempat.

7. Tekanan kos sara hidup yang membelenggu rakyat memberikan impak kepada pembentukkan anak-anak sehingga terpaksa memberikan fokus mencari pendapat dan mengabaikan tanggungjawab pada anak.

8. Baucar Makanan Sihat Ibu Hamil boleh menjadi 1 model usaha kebajikan berorientasikan penjagaan anak-anak seawal dalam kandungan lagi.

9. Muslimat PAS juga berharap agar syor dan cadangan ini diperluaskan khusus untuk kanak-kanak di bawah usia 6 tahun bagi mendapatkan bantuan makanan terutama makanan sihat untuk tumbesaran mereka selain RMT di peringkat sekolah.

10. Muslimat PAS mengharapkan pelbagai alternatif bantuan untuk rakyat dinikmati oleh setiap segmen usia dan sasaran agar ia benar-benar membumikan nilai kebajikan pada masyarakat.

DR. ROSNI ADAM
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
7 Mac 2018 bersamaan 19 Jamadilakhir 1439