PERSATUAN Kemahiran Wanita Kelantan (PKWK) membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan armalah dengan menyediakan pusat latihan khas untuk mereka.
Usaha itu mendapat kerjasama penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejak 1 Mei lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) beroperasi di Bazar Buloh Kubu.
“Ia dipersembahkan dengan dekorasi istimewa bagi memberikan keselesaan kepada pelatih di sana.
“Pusat Latihan Wanita OKU dan armalah mempunyai tiga ruang khas terdiri daripada Galeri Bakat Hajjah Kalthom Othman, Dewan Seminar Datin Siti Zabidah dan Anjung Kreatif Datin Tuan Sabariah,” ujarnya.
Tambahnya, ia memiliki memiliki fasiliti seperti nurseri, pantri, ruang kulinari, ruang rehat, bilik persalinan dan tandas OKU.
Seramai 363 orang telah tamat belajar dalam bidang jahitan di PPWK untuk tahun ini.
Perasmian majlis itu disempurnakan isteri Menteri Besar, Datin Siti Zabedah Abdul Hamid. – HARAKAHDAILY 3/10/2017