Home Berita PAS Johor

Hari Guru Pasti Johor Meriah

964
SHARE

 

KEMPAS, 12 Mei 2017 – Majlis sambutan Hari Guru Pasti Negeri Johor yang telah diadakan di Dewan Galeri Glulam Kempas , Johor hari ini disambut dengan sederhana tetapi meriah.

Majlis ini diadakan bertujuan meraikan pengorbanan para guru Pasti dalam mendidik anak bangsa.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr Mohd Mazri Bin Yahya. turut hadir adalah Ustaz Jawahir Bin Amin, Pengarah Pasti serta Pn Sutinah Binti Sariman, Pengerusi Majlis Guru Pasti Negeri Johor.

Dengan adanya majlis sambutan ini, diharap ianya dapat memberikan motivasi dan meningkatkan lagi semangat juang para guru-guru Pasti yang terlibat.

 

{jathumbnail off}