Home Berita PAS Perlis

Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Arau 2017

1074
SHARE

SAMBUTAN HARI GURU BERLANGSUNG MERIAH

Kangar – Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Arau 2017 telah diadakan di Kompleks PAS Perlis pada 14 Mei 2017. Bertemakan ‘Guru Istiqamah Mencapai Kemenangan’, majlis sambutan kali ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis yang juga ADUN Sanglang, Cikgu Syukri bin Ramli.

Turut hadir Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Arau, Sdr. Ruslee Eizan, Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Arau.

Pelbagai acara telah diadakan, bermula dengan acara persembahan guru-guru PASTI yang diadakan secara tertutup, disusuli dengan majlis ucapan yang disampaikan oleh Pengarah MGP Kawasan Arau, Ketua Pemuda PAS Kawasan Arau, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Arau serta ucapan perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perlis.

Turut berlangsung sesi memotong kek sebagai gimik pelancaran sambutan hari guru dan acara penyampaian cenderahati kepada guru-guru PASTI dari seluruh kawasan Arau.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Arau, YB Cikgu Shukri bin Ramli dalam ucapan perasmiannya mengingatkan para guru PASTI agar tidak menganggap kerjaya mereka sebagai guru sekadar untuk meraih pendapatan semata-mata.

Sebaliknya menurut beliau, guru-guru PASTI juga adalah tenaga-tenaga dakwah yang perlu memanfaatkan segala ruang yang ada untuk memberikan kefahaman Islam, bukan sahaja kepada anak-anak didik, malahan kepada masyarakat.

Di akhir ucapannya, beliau turut menggesa agar semua guru PASTI mengambil tanggungjawab untuk bekerja bersama-sama parti bagi memenangkan PAS dalam pilihanraya umum yang akan datang.

“Bersesuaian dengan tema sambutan tahun ini, saya amat berharap agar semua guru PASTI dapat bersama-sama melibatkan diri dengan gerak kerja PAS, bersama-sama memikir dan memberi idea untuk kemenangan Islam dalam pilihanraya umum nanti.”

{jathumbnail off}