MUNGKINKAH Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu mahu ditukar fungsi kepada kolej vokasional kerana geram akibat silang fahaman politik.
Dr Zulkeflee Yaacob lepasan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuantan berkata, rasional apa yang diambil kira kerajaan untuk menukar fungsi IPG Kota Bharu.
Katanya, IPG itu yang bermula pada 1952 pernah menerima pelatih dari Brunei dan Singapura.
Sebelum ini dikenali Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) dibangunkan di kawasan seluas 93 ekar, siap dibina pada 1954.
Ia sebagai menggantikan maktab perguruan di Kirby, Liverpool dan Wovehampton, England bagi melatih bakal guru dari Tanah Melayu.
“Kumpulan pertama 150 pelatih melapor diri. Tenaga pengajar didatangkan dari London. Pada 11 Ogos 1954 MPKB dirasmikan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald Mac Gillivary.
“Hadir sama ketika itu Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan. Pada 1960 MPKB mula melatih guru-guru sekolah rendah dan mula menerima pelatih dari Brunei dan Singapura,” katanya yang kini mengajar di sebuah universiti.- HARAKAHDAILY 7/8/2017