Home Berita Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pulau Pinang Tuan Rumah Alam Ria PASTI Malaysia 2017′

842
SHARE

Kedah – Jabatan PASTI Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia bakal menganjurkan Alam Ria PASTI Malaysia. Alam Ria PASTI Malaysia ini dijangka berlangsung pada 18 Ogos sehingga 19 Ogos 2017 yang bertempat di Kompleks Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang.

Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan, antaranya nasyid, sajak, pidato, bercerita, hafazan, khutbah dan kalam jamaie.

Objektif Alam Ria PASTI ini diadakan adalah untuk menyerlah kemampuan serta pencapaian pelajar-pelajar PASTI sepanjang mereka mendapat asuhan dalam institusi PASTI.Selain itu, ia juga bertujuan memperkenal produk PASTI kepada masyarakat khasnya ibu bapa. Program ini juga akan menghimpunkan warga PASTI seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut Ketua Pengarah PASTI Malaysia, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Alam Ria PASTI ini adalah medan pertama yang terbaik mencungkil bakat yang ada dalam kalangan para pelajar PASTI disamping memupuk keyakinan diri untuk tampil di depan umum sebagai da’ie cilik

PASTI ternyata saban tahun berjaya melahirkan para pelajar yang mahir menghafaz ayat-ayat suci al-Quran, bercerita, petah berpidato serta berani untuk tampil ke hadapan menyampaikan nasyid atau lancar berbahasa dalam acara bercerita dan kalam jama’ie.

Semoga acara yang akan berlangsung ini, bukan hanya memberikan manfaat kepada peserta dan waris, bahkan menambah kayakinan masyarakat terhadap institusi PASTI yang merupakan program pendidikan bawah Parti Islam Semalaysia (PAS)

{jathumbnail off}