Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Gagasan BPMS Membuahkan Hasil

75
SHARE

Oleh: Nik Nur Humaira’ Nik Yusri

SHAH ALAM, 18 Oktober – YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yaakob, Timbalan Mursyidul Am PAS menjadi perasmi dalam Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke 63.

Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah berlangsung di IDCC, Shah Alam Selangor selama dua hari bermula 18 Oktober hingga 19 Oktober 2023.

Beliau memulakan ucapannya dengan menzahirkan kutukan kepada zionis Israel yang mengorbankan orang awam yang tidak berdosa.

Meneruskan ucapan, beliau berkata Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS) yang dibawa oleh PAS telah memberi kesan baik kepada gerak kerja politik PAS dan Perikatan Nasional (PN), apabila terbukti pada pilihan raya lalu.

“Hal ini bererti pemimpin kita sangat memahami keperluan rakyat dan menggagaskan BPMS yang dilengkapi 7 ciri-ciri penting yang wajib dihadam oleh ahli,” katanya.

Beliau turut memberi kredit kepada Muslimat PAS atas usaha-usaha penerangan dan program yang banyak dijalankan. Dato’ Ahmad bin Yaakob juga mengingatkan tujuan berpolitik adalah untuk mendapatkan redha Allah SWT dan menyelesaikan masalah rakyat

Beliau mengakhiri ucapannya dengan seruan supaya menjadikan rumah kediaman sebagai syurga bertepatan dengan konsep Baiti Jannati, (Rumahku Syurgaku) supaya dapat menggarap syurga Firdausi.