1. Sebenarnya ada dua perkara utama yang menyebabkan Umno-BN ditolak terutama oleh pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.
2. Yang PERTAMA kerana Zahid Hamidi menjadi Presiden Umno dalam keadaan imejnya yang tercalar dengan isu integriti dan kes mahkamah.
3. Dan yang KEDUA kerana Zahid mengheret Umno untuk bersekongkol dengan PH-DAP yang selama ini menjadi taboo kepada orang Melayu sehingga orang Umno sendiri memboikot Umno pada PRN baru-baru ini.
4. Jadi jalan keluar kepada masalah ini ialah yang PERTAMA Umno perlu menggantikan Presidennya Zahid dengan orang yang lebih berkaliber dan yang KEDUA Umno perlu tinggalkan PH-DAP.
5. Jika Zahid kekal sebagai Presiden Umno dan Umno kekal bersama PH-DAP ini akan menguntungkan PN kerana orang Melayu akan terus beralih beramai-ramai kepada PN dan Umno tetap akan terus ditolak orang Melayu dan akhirnya Umno berkubur.
6. Jika Zahid letak jawatan tetapi digantikan dengan Presiden yang pro- PH-DAP juga, ini juga menguntungkan PN kerana orang Melayu juga akan terus beralih beramai-ramai kepada PN dan Umno tetap akan ditolak orang Melayu kerana bersekongkol dengan PH-DAP dan Umno akhirnya berkubur.
7. Jika Zahid letak jawatan dan digantikan dengan Presiden yang pro- PN dan membawa Umno bersama PN, ini pula akan menguntungkan kedua-dua PN dan Umno dan politik Melayu akan lebih kuat dan Umno akan dapat diterima semula oleh orang Melayu kerana tidak lagi bersekongkol dengan PH-DAP.
8. Umno harus sedar bahawa apa pun keputusan yang Umno buat ia tetap menguntungkan PN lebih-lebih lagi jika keputusan itu mengekalkan Zahid dan mengekalkan Umno bersekongkol dengan PH-DAP.
9. Naratif bahawa PN mahu membunuh Umno hanyalah persepsi yang dicipta Zahid kerana PN tidak mahu membantu dia menyelamatkan kes rasuahnya.
10. Jika Umno mahu menyelamatkan Zahid dengan mengekalkannya sebagai presiden dan mengekalkan Umno bersama PH-DAP seolah-olah mereka mengorbankan Umno demi menyelamatkan Zahid.
11. Orang Umno harus berfikir bahawa mereka perlu menyelamatkan Umno dengan mengorbankan Zahid kerana Umno adalah institusi yang perlu dipertahankan dan Zahid hanya individu yang memimpin Umno.
12. Pemimpin boleh dicari ganti tetapi Umno adalah satu-satunya Umno. Fikir-fikirkanlah….
IBNU JANIE
Ketua Editor Pusat
Portal CPP Berita PAS
19 Ogos 2023