Home Berita PAS Perak

Kenyataan Media | Penyatuan Ummah: Dominasi Melayu Islam Menyejahterakan Rakyat

49
SHARE
  1. KENYATAAN MEDIA
    PAS KAWASAN TAMBUN
    15 Ogos 2023 | 28 Muharram 1445H

PENYATUAN UMMAH : DOMINASI MELAYU ISLAM MENYEJAHTERAKAN RAKYAT

PAS Kawasan Tambun menyambut baik seruan PAS Perak terhadap perpaduan dominisasi kuasa Melayu dan berharap pimpinan utama parti-parti Melayu Islam khususnya dapat mengambil langkah ke arah Islam memimpin yang sudah tentu akan memberi keuntungan besar kepada keseluruhan rakyat.

Keputusan PRU15 dan PRN15 menyaksikan gelombang kebangkitan sokongan pengundi Melayu Islam dan anak muda kepada PAS dan gabungan Perikatan Nasional berdasarkan amalan tadbir urus yang baik dan kemampuan melaksanakan keadilan untuk semua sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Sudah sampai masanya, kepimpinan UMNO di peringkat nasional dan negeri bermuhasabah serta menilai semula kedudukan semasa sebagaimana kita rasainya denyut nadi di bawah khususnya peringkat cawangan-cawangan dengan memikirkan dominasi Melayu Islam sebenarnya akan lebih menyejahterakan rakyat keseluruhannya.

Pihak kami juga amat berkeyakinan, agenda penyatuan ummah yang pernah dimulakan pasca PRU14 banyak memberikan manfaat bersama malah menjamin kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, hak dan keistimewaan Melayu dan keharmonian hidup masyarakat bukan Islam.

PAS Kawasan Tambun bersedia mengorak langkah bersama dalam menjayakan usaha ke arah membentuk kerajaan negeri Perak yang lebih stabil dengan dominasi Melayu Islam mewakili majoriti rakyat dan seterusnya membuka lembaran baharu kerajaan negeri Pahang, Negeri Sembilan dan kerajaan Pusat, InsyaAllah.

Tambun Sejahtera”
“Malaysia Sejahtera”

Sekian, terima kasih

USTAZ SALLEH SAID
Yang Dipertua
PAS Kawasan Tambun

#KenyataanMedia
#MediaPASTambun
#TambunSejahtera
#MalaysiaSejahtera