Home Berita PAS Kedah

Tanah rizab Melayu di Kedah sudah selamat, malah, ada peningkatan lagi.-Sanusi

433
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 30 NOVEMBER 2023 – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa tanah rizab Melayu di Kedah sudah selamat, malah, ada peningkatan lagi.

Oleh hal demikian, Kerajaan Negeri Kedah tidak akan mengikuti jejak kerajaan Perak untuk menubuhkan jawatan kuasa khas berhubung isu pemilikan tanah rizab Melayu yang berpindah milik kepada bukan Melayu.

Malah beliau juga turut menyatakan bahawa dasar kerajaan negeri dalam perkara berkaitan sudah mencukupi untuk memastikan tanah rizab di negeri ini terjaga.

Antara polisinya ialah jika tanah rizab itu dicabut keluar mesti diganti balik termasuk lima peratus lebih. Maka di sini sudah membukikan bahawa tidak akan ada isu tanah rizab akan berkurangan!

“Tanah rizab Melayu di Kedah sudah selamat, malah, ada peningkatan lagi. Negeri lain, kalau ada pengurangan (tanah rizab) bolehlah tubuh. Kalau tubuh (jawatan kuasa) itu gayat sangat… kritikal sangat.

“Kedah tak kritikal, malah ada peningkatan dari tahun 1933 tanah rizab yang diwartakan ada peningkatan sebanyak 408 hektar. Peningkatan itu sesuatu yang banyak,

“Kukuh polisi kita.  Saja orang nak mainkan isu tanah rizab Kedah berkurangan ingat Kedah ‘koman’ (lekeh),” katanya.

Sebelum ini, isu tanah rizab Kedah berkurangan pernah dimainkan! Namun itu hanyalah isu yang dimainkan untuk menggambarkan betapa lemahnya Kedah di bawah pemerintahan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sedangkan hal itu sama sekali tidak benar. Malah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan dan meyakinkan rakyat bahawa tanah rizab Melayu di Kedah sudah selamat, malah, ada peningkatan lagi dan meningkat sebanyak 101 hektar.