Home Berita PAS Pulau Pinang

Bakat besar Rayyan perlukan sokongan penaja

89
SHARE

TASEK GELUGOR, 18 MEI – Muhammad Rayyan Bin Mohd Rozaifri yang merupakan atlet sukan permotoran yang sedang mengukir nama dalam Pertandingan Motorcross. Beliau yang baru berusia 11 tahun dilihat mempunyai bakat besar dalam bidang ini sedang mengasah bakat dalam siri pertandingan yang disertainya

Kemarin Team DACS Pulau Pinang diketuai oleh Pengarahnya Khairil Hanif Arshad sempat bertemu keluarga beliau yang tinggal di Permatang Berangan,Tasek Gelugor. Mereka akan ke Terengganu bagi menyertai Terengganu Motorcross Series 2023 pada 20 dan 21 Mei ini.

Ketika ditemui ayah beliau yang lebih dikenali dengan En Jeff memberi tahu anaknya telah menceburi sukan ini sejak bulan Ogos 2022. Dalam masa yang singkat anaknya sudah beberapa kali menjadi pesaing dan telah memenangi beberapa siri pertandingan motorcross

Pengarah DACS Pulau Pinang Tuan Mohd Khairil Hanif Arshad mewakili DACS Negeri dan DACS Tasek Gelugor telah menyampaikan sedikit sumbangan dan beliau berharap semoga bakat adik Rayyan akan dilihat oleh pihak berwajib dan ada pihak yang sudi menaja beliau insya Allah.