ALOR SETAR, 4 MEI 2023 – Kedah akan menjadi tuan rumah untuk Rumah Terbuka PAS Pusat pada kali ini.
Oleh itu, semua dijemput hadir ke Kompleks PAS Kedah pada 6 Mei ini (Sabtu) untuk meraikannya bersama-sama.
Menurut YB Ir. Ts Haji Khairil Nizam, Ketua Penerangan PAS, para tetamu akan disambut oleh pimpinan PAS yang akan turut menjadi penyambut tetamu pada hari itu.
“Yang paling penting, tuan, puan dapat bersama-sama dengan seluruh kepimpinan PAS yang pada hari itu akan menjadi penyambut tetamu pada tuan, puan sekalian.” Ujarnya.
Majlis yang akan berlangsung pada jam 12.30 tengah hari sehingga 3.00 petang itu akan disediakan dengan pelbagai juadah dari setiap Negeri.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan jangan lepaskan peluang ini! Ayuh hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri PAS. Di kesempatan ini, Perhubungan PAS Kedah mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu ke Kompleks PAS Kedah.