Home Melaka

Rencana | Akhirnya PAN memohon maaf kepada Umno

1033
SHARE

Oleh IBNU JANIE

APABILA seseorang wartawan mahu menjadikan sesuatu peristiwa itu sebagai berita, wartawan perlu memastikan peristiwa itu ada nilai berita.

Perumpamaan yang selalu dibuat ialah jika seorang lelaki mati digigit anjing, itu bukan berita. Tetapi jika seekor anjing mati digigit seorang lelaki, maka itu baru berita.

Baru-baru ini Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad membuat kenyataan merayu agar Yang di-Pertuan Agong menolak pengampunan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak. Itu belum lagi berita.

Kemudian, Umno Kelantan melalui Ketua Penerangannya, Zawawi Othman, mendesak agar PAN memohon maaf atas kenyataan Khalid itu. Jika tidak Umno Kelantan akan memutuskan kerjasama dengan PAN Kelantan yang kebetulan dipengerusikan Khalid. Itu juga belum lagi dipanggil berita.

Susulan daripada peristiwa itu Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub pun membuat permemohonan maaf kepada Umno atas kenyataan Khalid itu. Nah, ini baru berita! PAN memohon maaf kepada Umno! Itu berita!



 

Mengapa ia adalah berita? Terlebih dahulu kita harus tahu latar belakang hubungan antara Umno dan PAN. Pemimpin-pemimpin PAN ini dahulunya PAS. Mereka tidak pernah seumur hidup bersetuju dengan Umno.

Kemudian pada sekitar tahun 2015 berlaku perpecahan dalam PAS kerana ura-ura pemimpin tertinggi PAS dikatakan mahu bekerjasama dengan Umno. Hasrat ini menjadi satu dosa yang sangat besar pada mereka sehingga mereka sanggup keluar dan meninggalkan perjuangan PAS yang selama ini mereka imani puluhan tahun sebagai perjuangan Islam.

Mereka kata mereka berpegang kepada arahan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang berpesan sangat-sangat bahawa PAS jangan sekali-kali bekerjasama dengan Umno. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang masih bersama PAS dianggap menderhakai arahan Allahyarham TG Nik Aziz.

Selepas mereka keluar dari PAS dan menubuhkan PAN mereka tetap mengagungkan Allahyarham TG Nik Aziz dan menganggap Allahyarham sebagai pemimpin agung mereka walau pun Allahyarham sendiri tidak pernah keluar PAS sehingga akhir hayatnya.


https://youtu.be/VqY5CISdYIM


 

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 PAS dan Umno benar-benar bermuafakat dalam Muafakat Nasional (MN). Mereka bersorak gembira bahawa apa yang mereka tuduh selama ini memang benar. Mereka ulangi selalu PAS sudah lari dari perjuangan asalnya.

Mereka tuduh PAS terima RM90 juta duit 1MDB daripada Dato’ Sri Najib dan Umno. Mereka pasakkan kepada rakyat bahawa PAS bersekongkol dengan Umno yang mereka panggil ‘penyamun’.

Sekitar September 2020, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat satu kenyataan bahawa mereka yang keluar daripada PAS dan menubuhkan PAN adalah ‘anak derhaka’.

Lalu, bagi membalas kenyataan ini, Naib Presiden PAN, Mahfuz Omar, berkata bahawa pemimpin-pemimpin PAN bukan anak derhaka, tetapi mereka lari daripada bapa yang kaki judi yang mahu melacurkan anak kepada Umno. Begitu kesat sekali kata-kata mereka!


https://m.malaysiakini.com/news/543335


 

Akhirnya Allah SWT menunjukkan kepada kita semua hipokrasi PAN dan mereka menjilat kahak mereka sendiri apabila secara tak semena-mena hanya beberapa hari selepas PRU-15, PAN dan Umno terus bersekutu.

Yang menjadi persoalannya, apabila PAN bersekongkol dengan Umno, mengapa ahli-ahli PAN tidak keluar meninggalkan PAN seperti mereka tinggalkan PAS yang dikatakan mahu bersekongkol dengan Umno dahulu?

Adakah kini pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAN sudah menderhakai arahan Allahyarham TG Nik Aziz agar tidak sekali-kali bersekongkol dengan Umno? Adakah pemimpin-pemimpin PAN kini sudah menjadi ‘bapa yang kalah judi’ dan mahu melacurkan anak mereka kepada Umno?

Lebih lucu lagi, kini PAN benar-benar berada di bawah tapak kaki Umno apabila mereka terpaksa melutut menyembah memohon maaf kepada Umno kerana takut dengan ugutan Umno Kelantan yang mahu memutuskan kerjasama dengan PAN.

Umno yang dahulunya menjadi bahan cacian pemimpin-pemimpin PAN dengan memanggil mereka ‘penyamun’ kini menjadi parti yang ditakuti PAN. Sekali Umno ‘warning’ PAN terus kecut perut termasuk ‘telur’!

Dengan permohonan maaf ini, pemimpin-pemimpin PAN bukan sahaja bersekongkol dengan Umno, malah terpaksa turut sama bersetuju dengan usaha Umno untuk memohon pengampunan terhadap Najib.

Walau pun sebelum ini dengan garangnya mereka kononnya mahu menghantar pemimpin-pemimpin Umno ke penjara. Begitu hinanya perjuangan PAN yang tidak berprinsip!

Penulis adalah Wartawan Harakah, Ketua Editor Pusat bagi Portal Berita PAS dan Ketua Unit Berita Jabatan Penerangan PAS Melaka


Rencana ini juga disiarkan di Harakah cetak Edisi Jumaat bertarikh 5-7 Mei 2023

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH