Oleh – SITI AMINAH ZAMILUDDIN
BAROKHAS,8 APRIL – Dewan Muslimat PAS Kawasan Padang Terap telah mengadakan majlis Tadarus Al Quran di dalam Program Kempen Hargai Air & Semarak Kasih Ramadhan pagi kelmarin.
Program tersebut di rasmikan oleh Adun Kuala Nerang merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah YB.Hj.Munir@Muhammad Yusoff Zakaria dan di iringi Adun Pedu YB.Hj.Mohd Radzi Md.Amin.
Seramai 150 orang lebih kehadiran muslimat-muslimat cawangan dan guru-guru Pasti Kawasan Padang Terap.
Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Padang Terap Puan Sariah Salam,di program tersebut turut di sampaikan sumbangan untuk anak-anak yatim dan ibu tunggal daripada PIKAT.
Sumbangan tersebut di sampaikan oleh isteri Adun Kuala Nerang Puan Zainon Ismaon dan isteri Adun Pedu Puan Noraini Ali.
Dan setelah selesai penyampaian sumbangan dari PIKAT ,di sampaikan sumbangan beras dan barangan makanan kepada semua muslimat dan guru-guru Pasti yang hadir ke majlis tadarus ini.
Sumbangan barangan tersebut di sampaikan oleh Adun Pedu YB.Hj.Mohd Radzi Md Amin.
Turut menjayakan program ahli jawatankuasa Dmpk,HALWA Kuala Nerang dan HALWA Pedu