Home Berita PAS Sabah

PAS Kota Belud beri sumbangan tunai bantu pembinaan rumah muallaf

178
SHARE

Oleh: Asreen Yun
9 April 2023

KOTA BELUD: PAS Kota Belud telah menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM 2000 bagi membantu pembinaan rumah seorang mualaf di Kampung Panampatan Wario, di sini baru-baru ini.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Mustaqim Aling, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS kawasan turut menyampaikan sumbangan berbentuk barangan asas dapur kepada 19 buah keluarga muslim dan 7 buah keluarga bukan muslim.

“Kami berharap agar momentum program seperti ini berkekalan untuk masa akan datang.

“Kita menggalakkan lebih banyak lagi NGO Islam atau sesiapa sahaj untuk membantu mereka,” ujarnya selepas menyampaikan sumbangan.

LKK turut menyerahkan 23 buah set Buku Panduan Solat Lelaki dan Perempuan sumbangan Al Fateh kepada semua keluarga mualaf dan 30 set buku lagi kepada wakil penduduk Kampung Piasau yang turut hadir.

Ustaz Mustaqim turut menyatakan PAS akan berusaha untuk perbanyakkan program menyantuni golongan mualaf terutama di surau-surau yang berada di pedalaman.

Turut diadakan majlis berbuka puasa dan solat Tarawih bersama penduduk kampung.