Home Berita PAS Kedah

Kecelakaan dan keganasan Israel tidak pernah bersempadan

75
SHARE

Untuk ke sekian kalinya Ramadan dicemari dengan tragedi berdarah.

Untuk ke sekian kalinya juga Israel menyerang umat Islam di Palestin yang sedang menunaikan ibadah dalam bulan Ramadan.

Untuk ke sekian kalinya juga dunia masih sepi tanpa sebarang kecaman mahupun tindakan yang keras terhadap negara haram Israel.

Itulah hakikat yang terpaksa ditelan.

Kecelakaan dan keganasan Israel tidak pernah bersempadan.

Pihak berkuasa Israel melakukan keganasan terhadap umat Islam Palestin di dalam Masjid Al-Aqsa.

Hampir setiap orang dipukul dengan baton. Tangan mereka diikat. Ratusan cedera. Apakah umat Islam tidak ada hak untuk menunaikan ibadah di dalam rumah Allah, Al-Aqsa?

Di mana maruah Al-Aqsa?

Saya mengharapkan agar Wisma Putra mengeluarkan kenyataan kecaman terhadap Israel dan mengajak dunia Islam sekali lagi bersuara.

Negara haram Israel tidak layak diterima dan diiktiraf walau seinci pun.

Ahmad bin Yahaya.

Sumber gambar: TRT dan pelbagai.