Home Kenyataan Media PAS Terengganu

Siapa yang angkuh? PMX atau melayu?

326
SHARE

Bangsa Melayu menjadi pemilik tanah ini semenjak ratusan tahun yang lalu. Kerana itu diberi namanya Tanah Melayu. Walaupun begitu ketika kerakyatan dibuka kepada mereka yang bukan bumiputra menghuni tanah keramat ini bangsa Melayu inilah yang berjiwa besar menerima mereka dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

Hari ini, bangsa melayu dilabel bangsa yang angkuh oleh pemimpin nombor wahid dalam negara. Perlabelan itu dikaitkan kononnya Melayu meminggirkan kaum minoriti di Malaysia. Untuk pengetahuan PMX, kalaulah Melayu ini angkuh sudah pasti kaum selainnya akan menerima nasib yang sama seperti etnik Rohingya di Myanmar.

Kerana itu hak bumiputra telah dilindungi oleh perkara 153 dalam perlembagaan negara kerana jiwa besar mereka memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu di Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama kontrak sosial antara kaum dalam Malaysia.

Bangsat sangatkah Melayu di bawah era pemerintahan PMX ini sehinggakan dilabel angkuh atau sombong tanpa sebarang bukti yang nyata? Adakah kerana PHBN hari ini didominasi oleh kaum bukan Melayu menyebabkan PMX mengeluarkan kenyataan seperti ini untuk mengekalkan undi mereka?

Hina sangatkah melayu hari ini apabila memohon pengeluaran KWSP secara bersasar untuk mengurangkan beban kehidupan mereka? Buruk sangatkah Melayu sehingga dipuji kaum majoriti Budha yang tidak merobohkan Masjid di negara mereka.

Lupakah PMX dengan patung Budha baring dan duduk terbesar yang ada di Kelantan? Ataupun PMX ada laporan bukan Melayu ditindas di Terengganu dan Kedah dan rumah ibadah mereka dirobohkan? Ironinya semua negeri ini adalah negeri majoriti Melayu Islam.

Yang sebenarnya angkuh adalah PMX sendiri yang sanggup melabel bangsa sendiri dengan label hina. Janganlah terus memainkan api perkauman dengan gelaran tertentu. Rakyat Malaysia sudah aman dengan cara kita masing-masing. Hormatilah kami dan jangan terus bermulut celupar!!!

Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin
Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu