Home Berita PAS Johor

Lensa Maharani: Diari Sepanjang Ramadan

54
SHARE

Lensa Maharani | Diari sepanjang Ramadan

Oleh : SHARIFAH AJIL

MUAR, 5 April : Bulan Ramadan telah berlalu melepasi setengah bulan, namun aktiviti-aktiviti di bulan ini terus rancak berjalan khususnya di Dun Maharani.

Cikgu Abdul Aziz Talib (Adun Maharani) setiap hari mengisi program bersama masyarakat setempat.

Antara program yang telah berjalan selama dua minggu ini ialah kunjungan berbuka dan bersolat terawih bersama masyarakat di beberapa surau seperti di Surau Parit Hj Baki Luar, Surau Tengku Temenggong Ahmad, Surau Assalam dan Surau Azzahrah.

Beliau juga turut bersama team NGO Permai Care dan Pasir Gudang Care menyampaikan sumbangan kepada saudara baru di bawah naungan Pusat Aktiviti Saudara Baru Kita Daerah Muar. Sebanyak 75 set Bakul Ramadan telah diserahkan.

Turut disantuni sempena Ramadan ini juga ialah golongan asnaf yang memang dalam senarai penerima sumbangan sebelum ini.

Turut turun juga bersama program Dewan Pemuda & ARC iaitu Program Singgah Moreh yang diadakan setiap malam Rabu. Team mengedarkan makanan kepada petugas malam di IPD Muar, Balai Bomba Muar, Trafik Muar, APM, KPJ, Penjara dan beberapa tempat lagi pada minggu akan datang.

Sempat juga turut serta bersama Yayasan Amal Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia dalam program Dapur Rakyat Sri Gading memberi sokongan gerak kerja mereka.

Beberapa lagi program susulan akan dilaksanakan seperti edaran bubur lambuk, edaran juadah berbuka untuk keluarga asnaf, edaran sumbangan kepada Persatuan Pemandu Teksi, sumbangan bersama NGO Ikhtiar Ihsan & Macma serta Shopping Raya untuk 100 asnaf.