Home Berita PAS Kedah

AMEERAH PAS Kawasan Padang Serai prihatin kepada masyarakat sekeliling

43
SHARE

ALOR SETAR, 6 APRIL – AMEERAH PAS Kawasan Padang Serai prihatin akan masyarakat sekeliling dengan mengadakan ziarah rumah ibu bersalin, wanita muda yang ditimpa musibah, anak sakit dan wanita muda OKU.

Ziarah yang dijalankan sepanjang 2 minggu pertama bulan Ramadan ini adalah program kerjasama bersama Dewan Muslimat PAS Kaw Padang Serai.

Ziarah tersebut melibatkan enam lokasi iaitu Flat Kelang Lama, Sungai Ular, Taman KTC, Taman Lobak, Taman Serai Wangi dan Taman Lagenda.

Salah satu yang mengujakan mereka, wanita muda yang diuji dengan OKU, tetapi tetap semangat untuk menuntut ilmu, dan kini beliau sedang menyambung pelajaran di peringkat Diploma dalam bidang Computer System.

Sedikit sumbangan turut diberikan. Dengan tema misi mengukir senyuman, sedikit sebanyak program ini dapat meringan dan mngembirakan hati penerima sumbangan.

Amalan ziarah membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai dan. Dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Selain itu amalan ini juga membolehkan seseorang individu untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain, hormat-menghormati, saling kerjasama dan faham-memahami.