Home Berita PAS Kedah

Program ‘back to school’ di tiga DUN Parlimen Baling berjalan lancar, walaupun tanpa peruntukkan

182
SHARE

Tanpa peruntukan yang disekat oleh Kerajaan Madani, saya bersyukur kerana usaha membantu keluarga susah bagi program ‘back to school’ di tiga DUN Parlimen Baling berjalan lancar, siang tadi.

Ratusan waris menerima baucar pembelian barangan sekolah untuk anak-anak mereka bertempat di Kompleks PAS Kawasan Baling, Kompleks Islam Bayu (KISBA) dan Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil (PUTIK).

Semua ADUN Kuala Ketil, Kupang dan Bayu iaitu YB Mejar (B) Mansor Zakaria, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad serta Cikgu Abd Nasir Idris dari awal hingga akhir memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan program.

Senyuman dan perasan gembira terukir di wajah para waris kerana disebalik kesusahan, ‘secebis’ rezeki dapat kami kongsikan kepada mereka.

Terima kasih kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) DUN Kuala Ketil, PKWR DUN Kupang PKWR DUN Bayu dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Baling atas maufakat diberikan.

Tidak lupa kepada PAS Kawasan Baling, Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling, Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling, Yayasan Amal Malaysia, Pertubuhan Kasih Ummat Baling dan NGO Dana Kita yang sama-sama berinfak.

Sekiranya tiada peruntukan wakil rakyat Parlimen disekat, InsyaAllah lebih ramai keluarga susah dapat dibantu.

Namun bantuan seperti ini tidak akan terhenti, kami akan cuba menyampaikan sumbangan susulan kepada keluarga tidak mampu.

Kepada anak-anak yang bakal jadi pemimpin pada masa depan, Ustaz berharap janganlah kalian menjadi pemimpin yang zalim kepada saudara-suadara sendiri dengan menafikan hak dan suara mereka.

YB Ustaz Hassan Saad

Ahli Parlimen Baling

Notakaki: Program dilaksanakan pada 11 Mac 2023 lepas