Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Kuala Kedah tinjau proses naik taraf paip air

343
SHARE

 

Oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 25 MAC – YB Dr. Ahmad Fakhruddin, Ahli Parlimen Kuala Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah turun ke lapangan bagi meninjau proses menaik taraf paip air di sepanjang jalan Alor Ibus hari ini.

Beliau menerusi facebooknya menyatakan bahawa beliau sedaya upaya untuk pulang ke Kuala Kedah walaupun sedang sibuk di Parlimen.

Beliau juga menarik lafaz lega dan menzahirkan rasa syukur apabila usaha beliau menyuarakan isu air  kepada Majlis Tindakan Daerah kini diambil tindakan.

“Alhamdulillah, agensi dan pihak kerajaan negeri terlibat khususnya SADA telah menjalankan kerja-kerja pemasangan paip.” Katanya.

Sudah pasti dengan kerja-kerja penaik taraf paip ini akan mengembirakan dan memudahkan urusan penduduk sekitar, tambah-tambah dalam bulan Ramadan ini.

Menurut beliau juga, Sebuah rumah pam turut dibina bagi menyalurkan air bersih ke Kg. Tepi Laut Alor Ibus dan Tebengau. Untuk makluman semua, proses pemasangan paip besar itu juga melibatkan masalah air di Kampung Padang Raja.