Home Berita PAS Kedah

Gotong-royong persediaan edaran bubur lambuk percuma sepanjang Ramadan

79
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 21 MAC – Jawatankuasa Kebajikan PAS Kawasan Jerai melakukan gotong-royong membersih perkarangan di Pejabat PAS Jerai hari ini sebagai persediaan kelengkapan penyediaan bubur lambuk.

YB Ustaz Azam,  ADUN Sungai Limau berkata penyedian bubur lambuk ini akan diedarkan sepanjang bulan Ramadan secara percuma.

“Insyaa Allah, dua periuk besar akan disediakan setiap hari dan diedarkan secara percuma. Edaran kanji percuma ini telah diadakan sejak almarhum Ustaz Haji Azizan menjadi ADUN sala lagi. Rasanya sudah lebih 20 tahun program ini dilaksanakan” ujar beliau.

Walaupun harga bahan mentah kini semakin meningkat, namun edaran bubur lambuk secara percuma masih diteruskan. Perkara ini harus diberi pujian. Hal ini kerana ganjaran memberi makan kepada orang yang berbuka puasa amatlah besar. Sepertimana Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi

Jadi kepada sesiapa yang ingin menyumbang bagi merebut ganjaran ini, boleh ke Pejabat PAS Jerai kerana peluang untuk menyumbang masih dibuka.