Home Berita PAS Sabah

Kepimpinan dinamik aspirasi masyarakat

37
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
21 Mac 2023

SANDAKAN: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu Sapi telah berlangsung di Markas PAS Kawasan kelmarin.

Mesyuarat kali ini telah mengangkat tema ‘Kepimpinan Dinamik Aspirasi Masyarakat’ sebagai perkara penting dalam Islam.

Menurut Yang Dipertuanya, Ahmad Naufal, Islam menekankan kepimpinan yang kuat dan berkualiti yang bersifat dinamik.

“Kuat bukanlah bermaksud hebat atau gah dari segi fizikal, tetapi mempunyai kemampuan yang tinggi dalam soal pemikiran,” jelasnya ketika berucap dalam mesyuarat berkenaan.

Tambahnya, sesebuah kepimpinan itu boleh dianggap lemah jika ia tidak dipasakkan dengan faktor akhlak dan sahsiah, kepimpinan dilihat boleh merosakkan masyarakat.

“Lebih bahaya sikap tidak amanah itu akan ditiru dan dijadikan alasan kepada pengikut untuk turut tidak beramanah,” tegasnya lagi.

Dalam mesyuarat berkenaan, ketiga-tiga jawatan utama PAS Kawasan itu kekal diterajui oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Ahmad Naufal, manakala Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua masing-masing digalas oleh Masru Mustaqeem dan Norsah Bongsu.